Maklumat Perkakasan

Perkakasan

Berikut adalah komponen asas yang perlu ada di setiap masjid atau premis yang ingin menggunakan produk Smart Solah Display

1. Komputer
Satu unit komputer diperlukan untuk dijadikan sebagai pelayan sistem. Komputer akan digunakan sebagai ruang simpanan bagi semua konfigurasi, gambar, video dan semua data yang diperlukan untuk paparan slide.  

2. Android Box
Android box akan disediakan bagi setiap pembelian produk Smart Solah Display. Sekurang-kurangnya satu unit android box diperlukan sebagai unit simpanan dan pemprosesan data untuk paparan ke TV.

3. Sistem Rangkaian (Network) 
Sekurang-kurangnya sistem rangkaian tanpa internet diperlukan untuk komunikasi di antara android box dan komputer. Namun begitu, internet diperlukan jika pengguna ingin memanfaatkan fungsi video streaming, kemaskini waktu solat, dan kemaskini tarikh Hijrah ofset secara online.  

Android Box

Setiap pembelian Smart Solah Display akan dibekalkan bersama satu unit android box model MINIX-U9H. Waranti yang diberikan adalah selama 1 tahun selepas tarikh pembelian. 

Waranti hanya diberikan bagi kerosakan yang berlaku daripada penggunaan biasa sahaja. Kami tidak menanggung kerosakan yang berpunca daripada panahan petir, bencana alam, ‘over voltage’, kecurian, serta kerosakan yang berpunca daripada kecuaian pengguna sendiri, seperti terjatuh, terkena air atau lain-lain kecuaian. 

Alternatif Pemasangan

Pengguna boleh memilih kaedah pemasangan berdasarkan keperluan dan kesesuaian di premis masing-masing. Sila hubungi kami untuk mendapatkan cadangan serta sebut harga bagi setiap perkakasan dan perkhidmatan pemasangan. 

One box to multiple display

Hanya satu android box diperlukan. Signal daripada port HDMI dibahagikan dan dipanjangkan menggunakan HDMI splitter dan HDMI extender. Pemasangan jenis ini sesuai untuk premis yang mempunyai jarak TV yang tidak terlalu jauh atau pengguna memerlukan penggunaan HDMI switcher bagi membolehkan output daripada pelbagai perkakasan dihantar ke paparan TV .

One box for each display

Satu android box diperuntukkan untuk satu TV. Sambungan di antara komputer dan android box boleh dipasang sama ada menggunakan kabel rangkaian atau WIFI. Kaedah sambungan secara WIFI sesuai untuk premis yang mempunyai kedudukan TV pada jarak yang jauh, maka kerja-kerja pendawaian dapat diminimumkan.