Spesifikasi Produk

Spesifikasi Jam Solat

waktu solat jakim jam solat smart solah display

Waktu Solat Jakim

Data waktu solat yang digunakan dimuat turun terus dari website http://esolat.gov.my . Para pengguna boleh membuat kemaskini waktu solat pada bila-bila masa secara online. 

fleksibiliti jam solat smart solah display

Fleksibiliti

  • Teks notifikasi bagi azan, iqamah, solat, dan khutbah boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna.
  • Paparan gambar latarbelakang sewaktu azan, iqamah dan solat boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna
  • Pengguna boleh menambah dan memilih sendiri audio yang berbeza bagi notifikasi countdown, azan, iqamah serta khutbah.
  • Durasi bagi paparan teks notifikasi countdown, azan dan khutbah boleh diubah. Manakala durasi iqamah, dan solat boleh ditetapkan untuk setiap waktu solat serta hari yang berbeza.

Spesifikasi Digital Signage

Koleksi Hadis

  • Rekodkan sebanyak mana hadis yang anda mahu
  • Sistem akan memilih dan memaparkan hadis secara rawak
  • Set bilangan hadis yang perlu dipaparkan di dalam slide

Jadual Ceramah / Kulliyah

  • Rekodkan tarikh dan maklumat kulliyah di masjid anda
  • Sistem akan memilih dan mempromosikan tarikh kulliyah yang terdekat
  • Set bilangan kulliyah yang perlu dipaparkan di dalam slide

Kalendar Peristiwa

  • Rekodkan tarikh bagi peristiwa penting sepanjang tahun
  • Sistem akan memilih dan memaparkan kiraan 'countdown' untuk tarikh yang terdekat
  • Set bilangan peristiwa yang perlu dipaparkan di dalam slide

Sumbangan Tabung Masjid

  • Rekodkan nilai kutipan tabung masjid untuk setiap minggu.
  • Sistem akan memaparkan nilai kutipan mingguan dan jumlah kutipan bulanan
  • Set bilangan bulan yang perlu dipaparkan di dalam slide.

Variasi Media

  • Sistem kami menyokong pelbagai jenis media seperti, audio, video, fail pdf, teks bergerak (scrolling text), RSS, dan paparan website.
  • Strim video daripada Youtube tanpa perlu memuat turun video terlebih dahulu. Nikmati siaran langsung dari Mekah dan Madinah terus ke paparan TV anda.
  • Mainkan signal video daripada CCTV atau broadcast video daripada rangkaian LAN di premis anda terus ke dalam slide. (Hanya menyokong 'codec' tertentu sahaja)
  • Durasi dan animasi bagi setiap media boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna

Slide Fleksibiliti

  • Slide mengandungi koleksi media yang ingin dimainkan pada layar TV. Anda boleh menentukan media mana yg perlu didahulukan atau dikemudiankan.
  • Anda boleh mencipta seberapa banyak slide yang anda mahukan.
  • Susun atur dan saiz slide boleh diubah mengikut citarasa pengguna.
  • Setiap slide, boleh dijadikan 'template', dan boleh di eksport sebagai zip fail untuk dikongsikan kepada pengguna lain
  • Kami menyediakan template bagi slide bersaiz skrin penuh, slide yang mempunyai waktu solat di bawah, dan slide yang mempunyai 'scrolling text' di bawah.
  • Bosan dengan imej atau paparan teks pada template yang kami sediakan? Muat naik foto atau 'font' kegemaran anda ke dalam sistem dan gunakan pada mana-mana slide yang anda mahu.

Slide Playlist

  • Playlist digunakan untuk mengatur susunan slide yang ingin dimainkan. Anda boleh menentukan slide mana yg perlu didahulukan atau dikemudiankan

Konfigurasi Slide Berjadual

  • Anda boleh menetukan paparan mana yang perlu dimainkan setiap masa atau gunakan konfigurasi berjadual untuk memainkan slide pada jam dan hari yang tertentu sahaja.